Assalamualaikum

Sunday 16 October 2011

Cintai Dia Dalam Diam...

Assalamualaikum semua... Kali nie, ketika aku sedang mengarang business plan aku, sorg kwnku ada menghantarkan 1 link utk tatapan aku... dan aku agak tertarik dengan coretan nie... 

Nie la link nyer... t korng ley la baca k :p


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

"Jodoh pertemuan di tangan tuhan"... Kita sebagai manusia biasa perlulah sentiasa redha dengan ketentuan. xperlulah frust tahap maximum sgt bila putus cinta. mungkin tiada jodoh kita dengan dirinya, dan mungkin kita boleh dapat yang lebih baik dari ex kita atau insan yang kita minati tu... mungkin juga cinta kita akan berbalas, tapi lambat... semuanya ketentuan dari Ilahi... kita hanya mampu berdoa, tuhan yang akan menentukan...




Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Ya, apa2 pon yang kita harapkan/ inginkan, mintalah pada Allah... kerana DIA yang mampu merealisasikan semua perkara di atas muka bumi ini... Allah sentiasa mendengar luahan hati kita... Kegembiraan, kedukaan, atau apa sahaja yang kita rasakan, kongsikanlah dengan Tuhan kita..


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



No comments:

Post a Comment