Assalamualaikum

Friday 30 September 2011

Kebahagiaan :)

Hari nie, smpai je umahku syurgaku nie, mak kata nak buat roti... so, aku pon siap2 la bahan2 yg perlu digunakan... so, dr jam 8 mlm td, smpai skrg blom siap lg... so, sementara menunggu roti tu siap, aku pon sje2 meneroka keluasan internet nie... aku pon da terjumpa 1 artikel bertajuk "Kebahagiaan"... Bukan la sbb aku sdang bahagia aku nk share nie, tp sbb tgh mencari kebahagiaan diri sbnrnya... 



Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.
Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.
What do you think it is?
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.

So, korang dah faham kan apa sebenarnya kebahagiaan???? Sama2 kita renung2kan k... :)

Sunday 18 September 2011

Syamsul Nak Kawen???

3 ari lpas bersamaan 15 september 2011, aku terbaca paper bila ntah (tp dlm mggu nie gak la) ada cter tentang Syamsul Yusof... Die dah sedia nk kawen... N dah da calon... Aduss, frust giler aku... dh la aku peminat setia  dier... ermmm.... sedeynyer....Hahaha... Lawak je la... Aku mmg minat Syamsul nie, tp sbg seorg ikon je la... Dari awal pembabitannya dalam dunia seni nie, memang aku dh minat seorang pelakon n pengarah yang bernama Syamsul Yusof nie... 

With his father... muka nak sama kn??? :)

Fanatik aku terhadap insan yang bernama Syamsul Yusof nie diketahui ramai iaitu kwn2ku n adikku... yang len aku x psti sgt diowg tau ke x... Adikku cme geleng kpala je bila aku excited sbut nama Syamsul... Kwn2 serumahku smua brebut Asyraf Muslim msa da cter Ustaz Amirul dlu, aku lak "Syamsul tetap menjadi pujaan atiku" cewah... gedix lak.. hehehe


Bila da anugerah yang Syamsul menang, aku lak over terlebih, cm aku lak juaranya... hehehe...

Bia la da yg xpuas ati dgn kemenangannya, yg penting aku puas... it shows his effort


Filem-filem arahannya banyak yang menarik minat aku, tp rsenya aku sempat g tgk kt wayang cume "Bohsia n Khurafat" je kot... tu pon beria-ia aku ajak kwn2 serumah aku (sem lpas)... dari semua rakan seumah aku, cuma aku, syud n wawa je msuk panggung, Mira n Kak Shima jln2 kt luar sbb diowg xnk tgk.. Ainie lak dh g tgk ngn pakwe die kot... 


Awex die student kolej, umo pon muda dr aku rsenyer.. 20 x silap aku... xpe la, asalkan die bahagia dengan pilihan atinya tu... k, that's all...